Pendahuluan : Assalamualaikum dan salam satu dunia admin ucapkan kepada semua pembaca Film Review Malaysia . Sekali lagi admin membawakan suatu pembaharuan dan kelainan dalam blog ini . Umum mengetahui , filem ini telah lama dipromosikan di Astro , yakni seperti semua tahu filem ini merupakan sebuah lagi filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd.Jadi sudah pasti ramai yang sedang menunggu review dari kami . Teruskan membaca bagi mengetahui selanjutnya ....
Sinopsis :
Dinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola
sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai
wira negara. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah
kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi
dengan kehadiran `pemain no. 12`, iaitu ribuan peminat yang tidak
jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang
jauh lebih kuat waktu itu.
Review : Baiklah pandangan Admin , filem ini kalau hanya dilihatkan pada trailernya mungkin nampak menarik tetapi , bagi admin filem sebegini agak mencuba nasib kerana seperti dilihat pada filem-filem yang bergenre Biografi dan Drama sebelum-sebelum ini ia ada yang kurang mendapat sambutan rakyat Malaysia . Ada juga yang sebaliknya . Seperti filem tanda Putera ia berjaya meraih kutipan sebanyak 0.93 Juta Ringgit suatu sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia . Namun beegitu seperti filem 29 Februari yang sebenarnya di luar jangkaan admin juga kerana hanya mendapat kutipan sebanyak 0.39 Juta sahaja , walaupun filem itu sebenarnya boleh dilihatkan sebagai bermutu tinggi dan bermakna . Mungkin kerana jalan ceritanya yang agak aneh dan sukar untuk ditelan rakyat Malaysia . Namun begitu , filem ini juga berkemungkinan besar untuk berjaya . Kerana apa ? Filem ini telah diterbitkan oleh penerbit yang sama dengan Filem Box Office Malaysia tahun lalu Polis Evo dan diarahkan oleh pengarah sama filem The Journey yang berjaya juga mencapai kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi tahun 2014 . Ironinya , kedua-dua filem tersebut berjaya memecahkan rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi tahun 2014-2015 yang kini masih dipegang oleh Filem Polis Evo !! Segalanya bakal terjawab di pawagam Khamis ini !