10 Filem Melayu yang Mendapat Kutipan Terendah 2015

0 Comments
Assalamulaikum dan Selamat Tahun Baru admin ucapkan kepada semua pembaca Film Review Malaysia . Sempena tahun baru ini admin memmbawakan suatu lagi kelainan dalam bidang Journalisma kami . Semua pasti sedang menunggu keputusan mengenai corak perfileman Malaysia pada tahun lalu. Baiklah mengikut Finas berikut merupakan 10 filem melayu yang mendapat kutipan di bawah RM 100 Ribu . 

1. JENDELA - RM 11,967.30 

 Jendela , Filem Bisu Pertama Malaysia . Baiklah mendengar sahaja tittle Grandnya 'Filem Bisu Pertama Malaysia' memang bagi admin sudah  sijangka untuk tidak terlalu menarik minat penonton di Malaysia . Mana tidaknya slogan nya 'Kasih Ibu Tiada Tolok Bandingnya ' sahaja sudah tiada kaitan dengan tittle grandnya dan tajuk ceritanya . Ditambah lagi dengan Genrenya yang Keluarga dan Misteri. Sangatlah bukan suatu kombinasi yang baik. Apa yang lebih sedih ialah ia merupakan suatu permulaan yang agak buruk bagi penerbit baharu ini (GENIUS PARADE SDN.BHD.) .

2. DIA - RM 12,672.95

 Filem seram juga yang menduduki tempat kedua . Apa yang pelik adalah filem ini juga telah mula ditayangkan pada 21 Mei 2015  sama seperti filem yang diatas . Adakah ianya suatu sumpahan ? Kerana ternyata 21 Mei merupakan suatu tarikh yang menarik memandangkan pada hari tersebut merupakan hari di mana hanya tinggal satu minggu sahaja lagi bagi murid dan pelajar sekolah satu Malaysia bakal menyambut cuti pertengahan tahun. Oleh itu , wajar untuk filem ini mencatatkan kutipan yang tinggi sempena cuti sekolah yang hanya berbeza seminggu lagi . Mungkin kerana tajuk filem ini sahaja sudah tidak membuatkan penonton berasa teruja .

3. MISI RAYYAN & DANISH (JANGAN AMBIL RUMAH KAMI) - RM 12,754.21





 Selain daripada itu , berikut merupakan senarai filem yang tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan pada tahun 2015 . BIASAN - RM 20,348.87 ,  SINARAN - RM 21,310.07 , OH LA LA - RM 36,607.40 , MIRIP - RM 43,371.44 , NOTA - RM 80,024.00 , SELFIE SUARA KUBUR - RM 90,494.88 , dan PONTIANAK MENANGIS - RM 98,300.81 . Akhir sekali , filem yang dilihatkan sebagai tidak mendapat kutipan yang terbaik bagi tahun ini merupakan filem-filem bergenre seram dan misteri. Selain itu , filem-filem yang membawakan suatu kelainan dalam bidang perfileman Malaysia merupakan antara filem yang tidak mendapat kutipan yang memuaskan dan berada pada landasan yang kurang stabil , seperti filem Sinaran yang bergenre muzik dan Jendela yang merupakan silent movie pertama Malaysia . namun begitu mengapa admin mampu mengatakan ia tidak berada pada landasan stabil kerana selain daripada yang berikut , filem turut sama menjanjikan kelainan ialah filem Bangunan yang ternyata out of expectation . Dengan mencatatkan kutipan melebihi 1 Juta Ringgit dan juga menjadi review yang terbanyak pembaca dalam statistik Admin . Oleh itu , sekalung tahniah kepada penerbit dan pengurusan serta kru produksi filem Bangunan yang berjaya menempah nama dalam industri filem Malaysia dari pihak Film Review Malaysia .
Sekian Terima Kasih 

 Jumpa lagi di masa akan datang 

Don't forget to like us on facebook 
Official Film Review Malaysia's Facebook Page 

No comments: