Pendahuluan :
Tahniah , dari kami Film Review Malaysia kepada semua pemenang Anugerah Skrin khususnya bagi kategori filem . Kami buat julung kalinya bakal menyiarkan pemenang anugerah skrin bagi kategori filem .
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Ayu Raudhah memenangi anugerah pelakon pembantu wanita terbaik menerusi Filem Lagenda Budak Setan 3
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Bagi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik dimenangi Sharnaaz Ahmad melalui filem Gila Baby tahun lalu
Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pengarah yang berjaya melicinkan pelbagai anugerah di Festival Filem Malaysia lalu ini, Liew Seng Tat sekali lagi membuktikan filem arahannnya berjaya juga memenangi Anugerah Skrin 2015
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem
Pelakon yang pasti diharapkan untuk memenangi anugerah ini , Lisa Surihani . Beliau memenangi anugerah ini menerusi filem Dendam Orang Mati
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Sekali lagi menerusi filem Gila Baby , berjaya merembat satu lagi anugerah yang dimenangi oleh Beto Khusyairi
Anugerah Filem Terbaik
Seperti yang dijangkakan Filem Lelaki Harapan Dunia berjaya memenangi anugerah filem terbaik tahun ini
Terima Kasih kepada semua pembaca edisi khas ini jumpa lagi tahun hadapan untuk Anugerah Skrin 2016