Pemenang-Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-27 (Berserta Gambar Pemenang)
0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera admin ucapkan kepada semua pembaca FRM . Kali ini kami bakal membawakan liputan khas kepada Festival Filem Malaysia ke-27 yang telah berlangsung pada 2-5 September lalu . Pertama sekali admin meminta maaf kerana terlalu lambat menerbitkan post ini . Jadi yang berikut merupakan pemenang bagi anugerah di Festival Filem Malaysia ke-27 .
Filem Terbaik
Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat ini berjaya merangkul anugerah filem terbaik di festival filem malaysia menerusi sebuah lakonan dan arahan serta pelbagai aspek daripada filem ini yang mnceritakan tentang semangat kerjasama sesebuah kampung .
Pengarah Terbaik
Liew Seng Tat yang merupakan pengarah yang cukup terkenal di dunia menerusi filem Flower In The Pocket (2007) yang berjaya memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Antarabangsa Pusan Ke-12 , Festival Filem Antarabangsa Rotterdam Ke-37 , Festival Filem Antarbangsa Fribourg Ke-22 , dan Festival Filem Asia Deaville Ke-10 sekali lagi membuktikan karya arahannya (Lelaki Harapan Dunia) tidak mensia-siakan . Tidak cukup dengan itu Filem ini juga turut telah tercalon dalam pelbagai Anugerah untuk Festival Filem Seluruh Dunia yakni di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014 , Festival Filem Antarbangsa Vancouver Ke-33 , Festival Filem Antarbangsa Busan Ke-19 , Festival Filem Antarbangsa Lucarno Ke-67 , Festival Filem Antarabangsa Singapura Ke-25 , Festival Filem Antrabangsa Nara Ke-3 , Anugerah Dan Festival Filem Golden Horse 2014 , Festival Filem Antarabangsa Kolkata , Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2015 dan Festival Filem Antrabngsa Goteberg 2014 .
Pelakon Lelaki Terbaik
Lee Sai Peng yang merupakan bintang filem The Journey ini berjaya memenangi anugerah Pelakon Filem Terbaik berdasarkan filem lakonannya yang menakjubkan The Journey .
Pelakon Wanita Terbaik
Nur Fazura yang telah membintangi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini telah buat pertama kalinya memenangi anugerah ini di Festival Filem Malaysia walaupun beliau pernah dicalonkan untuk anugerah yang sama di Festival Filem Malaysia Ke-18 (menerusi filem Qaisya & Laila) , Festival Filem Malaysia Ke-19 (menerusi filem Gol & Gincu) dan Festival Filem Malaysia Ke-21 (menerusi filem Kayangan).
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
![]() |
| Amirul Affendi dalam Terbaik Dari Langit |
Amirul Affendi menerusi lakonannya yang jaya sekali pada filem Terbaik Dari Langit .
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nadiya Nissa menerusi filem Terbaik Dari Langit .
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
The Journey , lakonan yang mantap membawa filem ini ke sini .
Cerita Asal Terbaik
Liew Seng Tat berdasarkan filem gempak Lelaki Harapan Dunia .
Penyunting Terbaik
Adillan Azemi menerusi filem Dollah Superstar
Sinematografi Terbaik
Eric Young melalui filem The Journey
Lakon Layar Terbaik
Mamat Khalid menerusi filem Amir dan Luqman Pergi Ke Laut
Raykarl Iskandar melalui Filem Lelaki Harapan Dunia .
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Raykarl Iskandar melalui Filem Lelaki Harapan Dunia .
Pelakon Harapan Wanita
Dawn Cheong melalui Filem Cuak
Pelakon Harapan Lelaki
Kodi Rasheed menerusi Filem Ophilia
Pengarah Harapan
Raja Mukhriz melalui Filem Ophilia
Filem Box Office
The Journey berdasarkan rekod yang dipecahkan pada tahun 2014 dengan Kutipan sebanyak RM 17.28 Juta yakni 0.02 Juta di belakang kutipan tertinggi sepanjang zaman terkini Polis Evo dan berada di hadapan KL Gangster dengan perbezaan sebanyak RM 5.54 Juta .
Karyawan Sepanjang Zaman
The Great Lion
Terbaik Dari Langit
Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut
Sumber :
- Murai.com.my
- Media Malaysia


















